Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berkata-kata di dalam masjid akan menghapuskan segala kebaikan

Teks Bahasa Arab

حديث: الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل البهيمة الحشيش.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Berkata-kata di dalam masjid akan menghapuskan segala kebaikan seumpama binatang ternakan memakan rumput.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 25, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الفيروزبادي: لم يوجد.

Berkata al-Firuzabadi: Tidak ada hadith seperti ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.