Berkahwinlah kalian dan janganlah kalian menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya talak itu disebabkannya bergegar Arasy

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تزوجوا ولا تطلقوا؛ فإن الطلاق يهتز منه العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkahwinlah kalian dan janganlah kalian menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya talak itu disebabkannya bergegar Arasy.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521, hadis nombor 2762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ أنه قال: «تزوَّجوا ولا تُطلِّقوا؛ فإنَّ الطَّلاقَ يهتزُّ منه العرشُ». [عد، خط، فر، «الضعيفة» (5894/م)].

(Palsu) Daripada Ali RA, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda: "Berkahwinlah kalian dan janganlah kalian menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya talak itu disebabkannya bergegar Arasy." [Riwayat Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5894/م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.