Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تزوَّجوا ولا تُطلِّقوا؛ فإنَّ الطَّلاقَ يهتزُّ منه العرشُ.
Teks Bahasa Melayu
Berkahwinlah kalian dan janganlah kalian menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya talak itu disebabkannya bergegar Arasy.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521, hadis no. 2762.
(موضوع) عن علي - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ أنه قال: «تزوَّجوا ولا تُطلِّقوا؛ فإنَّ الطَّلاقَ يهتزُّ منه العرشُ». [عد، خط، فر، «الضعيفة» (5894/م)].
(Palsu) Daripada Ali RA, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda: "Berkahwinlah kalian dan janganlah kalian menjatuhkan talak, kerana sesungguhnya talak itu disebabkannya bergegar Arasy." [Riwayat Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5894/م].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman