Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تزوَّجوا ولا تُطلِّقوا، فإنَّ الطَّلاقَ يَهْتزُّ لَهُ العَرشُ.
Teks Bahasa Melayu
Berkahwinlah dan janganlah kalian bercerai. Sesungguhnya perceraian itu menggegarkan ‘arash Allah.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis no. 4663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: تزوّجوا ولا تطلّقوا، فإن الطلاق يهتزّ له العرش. [خط، ابن الجوزي، الضعيفة (147)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berkahwinlah dan janganlah kalian bercerai, sesungguhnya perceraian itu menggegarkan ‘arash Allah. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 147].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman