Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berkahwinlah dan jangan bercerai

Teks Bahasa Arab

‌تَزَوَّجُوا ‌وَلَا ‌تُطَلِّقُوا ‌فإِنَّ ‌الطَّلاقَ ‌يَهْتَزُّ ‌مِنْهُ ‌العَرْشُ.

Teks Bahasa Melayu

Berkahwinlah dan jangan bercerai kerana penceraian itu menggegarkan 'Arash.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 28, hadis no. 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Juwaibir, beliau seorang kaki dusta. Nabi SAW sendiri pernah bercerai dan sahabat juga pernah bercerai dengan perintah Baginda.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.