Batil

30/06/2024

minit bacaan



Berjuanglah menentang nafsu kalian dengan lapar dan dahaga

Teks Bahasa Arab

جَاهِدُوا أَنْفُسَكُمْ بِالْجُوْعِ وَالْعَطَشِ؛ فَإِنَّ الْأَجْرَ فِي ذَلِكَ كَأَجْرِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَإِنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ جُوْعٍ وَعَطَشٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berjuanglah menentang nafsu kalian dengan lapar dan dahaga, kerana sesungguhnya ganjaran pada yang demikian itu umpama ganjaran pejuang di jalan Allah. Sesungguhnya tiada amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada lapar dan dahaga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis no. 2040. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل لا أصل له) «جاهدوا أنفسكم بالجوع والعطش؛ فإن الأجر في ذلك كأجر المجاهد في سبيل الله، وإنه ليس من عمل أحب إلى الله من جوع وعطش». [«الضعيفة» (247)].

(Batil, Tiada Asal Baginya) "Berjuanglah menentang nafsu kalian dengan lapar dan dahaga, kerana sesungguhnya ganjaran pada yang demikian itu umpama ganjaran pejuang di jalan Allah. Sesungguhnya tiada amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada lapar dan dahaga". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 247].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.