Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الاقتِصادُ في النَّفقةِ نصفُ المعيشةِ، والتَّودُّدُ إلى النَّاسِ نصفُ العقلِ، وحُسنُ السُّؤالِ نصفُ العِلمِ.
Teks Bahasa Melayu
Berjimat dalam perbelanjaan ialah separuh daripada kehidupan. Kemesraan terhadap manusia ialah separuh daripada akal. Dan soalan yang baik ialah separuh daripada ilmu.
Sahabat Perawi
- Ibn Umar R.A
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis no. 4659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: الاقتصاد في النفقة نصف المعيشة، والتودد إلى الناس نصف العقل، وحسن السؤال نصف العلم. [الطبراني في مكارم الأخلاق، هب، الضعيفة (157)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berjimat dalam perbelanjaan ialah separuh daripada kehidupan. Kemesraan terhadap manusia ialah separuh daripada akal. Dan soalan yang baik ialah separuh daripada ilmu. [Riwayat Al-Tabarani dalam Makarim al-Akhlaq, dan riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 157].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman