Berjemaah itu padanya ada keberkatan, dan tharid (sejenis makanan) itu juga padanya ada keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

الجماعة بركة، والثريد بركة، والسحور بركة، والطعام المكيل بركة، تسحروا تزدادوا قوة، تسحروا تصيبوا السنة، تسحروا ولو بجرعة من ماء، صلوات الله على المتسحرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjemaah itu padanya ada keberkatan, dan tharid (sejenis makanan) itu juga padanya ada keberkatan, sahur ada keberkatan dan makanan yang ditimbang itu ada keberkatan. Bersahurlah kalian kerana akan ia menambah kekuatan kalian, bersahurlah kalian maka kalian telah melaksanakan sunnah, bersahurlah kalian walaupun hanya dengan seteguk air, selawat Allah kepada golongan yang bersahur.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1137, hadis nombor 5739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الجماعة بركة، والثريد بركة، والسحور بركة، والطعام المكيل بركة، تسحروا تزدادوا قوة، تسحروا تصيبوا السنة، تسحروا ولو بجرعة من ماء، صلوات الله على المتسحرين)).
[ابن المهندس في ((حديث عافية وغيره))، ((الضعيفة)) (2673)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Berjemaah itu padanya ada keberkatan, dan tharid (sejenis makanan) itu juga padanya ada keberkatan, sahur ada keberkatan dan makanan yang ditimbang itu ada keberkatan. Bersahurlah kalian kerana akan ia menambah kekuatan kalian, bersahurlah kalian maka kalian telah melaksanakan sunnah, bersahurlah kalian walaupun hanya dengan seteguk air, selawat Allah kepada golongan yang bersahur."
[Riwayat Ibn al-Muhandis dalam Hadis ‘Afiah wa Ghairihi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2673]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs