TEKS BAHASA ARAB
الجماعة بركة، والثريد بركة، والسحور بركة، والطعام المكيل بركة، تسحروا تزدادوا قوة، تسحروا تصيبوا السنة، تسحروا ولو بجرعة ماء، صلوات الله على المتسحرين
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berjemaah itu berkat, al-Tharid itu berkat, sahur itu berkat, makanan yang disukat itu berkat. Bersahurlah kamu nescaya ia akan menambah kekuatan kamu. Bersahurlah nescaya kamu akan menepati sunah. Bersahurlah walau dengan seteguk air, Allah memberikan kesejahteraan kepada orang-orang yang bersahur.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 788, hadis nombor 4046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي مرفوعا: الجماعة بركة، والثريد بركة، والسحور بركة، والطعام المكيل بركة، تسحروا تزدادوا قوة، تسحروا تصيبوا السنة، تسحروا ولو بجرعة ماء، صلوات الله على المتسحرين. [أحمد بن الهندس في ((الحديث عافية و غيره))، ((الضعيفة)) (2673)]
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’: “Berjemaah itu berkat, al-Tharid itu berkat, sahur itu berkat, makanan yang disukat itu berkat. Bersahurlah kamu nescaya ia akan menambah kekuatan kamu. Bersahurlah nescaya kamu akan menepati sunah. Bersahurlah walau dengan seteguk air, Allah memberikan kesejahteraan kepada orang-orang yang bersahur.” [Riwayat Ahmad bin al-Muhandis dalam Hadis Afiah dan selainnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2673]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.