Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berjemaah itu berkat, tharid (sejenis campuran roti dan kuah) itu berkat, sahur itu berkat dan makanan yang ditimbang itu berkat

Teks Bahasa Arab

الجماعةٌ برَكةٌ، والثَّريدُ برَكةٌ، والسَّحورُ برَكةٌ، والطعامُ المكيلُ برَكةٌ، تسحَّروا تزدادوا قُوَّةً، تسحَّروا تُصيبوا السُّنَّةِ، تسحَّروا ولَو بجَرعَةٍ من ماءٍ، صلواتُ اللَّهِ علَى المتسحِّرينَ.

Teks Bahasa Melayu

Berjemaah itu berkat, tharid (sejenis campuran roti dan kuah) itu berkat, sahur itu berkat dan makanan yang ditimbang itu berkat. Bersahurlah kalian nescaya kalian akan bertambah kuat, bersahurlah kalian nescaya kalian akan menepati sunnah, bersahurlah kalian sekalipun dengan seteguk air. Selawat Allah buat orang-orang yang bersahur.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis no. 2139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: «الجماعةٌ برَكةٌ، والثَّريدُ برَكةٌ، والسَّحورُ برَكةٌ، والطعامُ المكيلُ برَكةٌ، تسحَّروا تزدادوا قُوَّةً، تسحَّروا تُصيبوا السُّنَّةِ، تسحَّروا ولَو بجَرعَةٍ من ماءٍ، صلواتُ اللَّهِ علَى المتسحِّرينَ». [أحمد بن المهندس في «حديث عافية وغيرة»، «الضعيفة» (2673)].

(Lemah) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berjemaah itu berkat, tharid (sejenis campuran roti dan kuah) itu berkat, sahur itu berkat dan makanan yang ditimbang itu berkat. Bersahurlah kalian nescaya kalian akan bertambah kuat, bersahurlah kalian nescaya kalian akan menepati sunnah, bersahurlah kalian sekalipun dengan seteguk air. Selawat Allah buat orang-orang yang bersahur". [Riwayat Ahmad bin al-Muhandis dalam Hadith ‘Afiyah wa Ghayrih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2673].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.