Berjayalah orang yang diamnya berfikir

TEKS BAHASA ARAB

أفلح من كان سكوته تفكرا، ونظره اعتبارا، أفلح من وجد في صحيفته استغفارا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjayalah orang yang diamnya berfikir dan penglihatannya pula mengambil iktibar. Berjayalah orang yang ada dalam catatan amalnya istighfar (mohon keampunan) yang banyak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2007, hadis nombor 10068. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: أفلح من كان سكوته تفكرا، ونظره اعتبارا، أفلح من وجد في صحيفته استغفارا كثيرا.
[فر، ((الضعيفة)) (2519)]

(Lemah)
Daripada Abu ad-Darda’ RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Berjayalah orang yang diamnya berfikir dan penglihatannya pula mengambil iktibar. Berjayalah orang yang ada dalam catatan amalnya istighfar (mohon keampunan) yang banyak.
[Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2519]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs