TEKS BAHASA ARAB
العدة عطية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berjanji itu sama seperti pemberian (iaitu sebagaimana buruknya seseorang yang meminta semula pemberiannya, begitulah juga seseorang yang memungkiri janjinya).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis nombor 980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن أن امرأة سألت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – شيئا، فلم تجده عنده، فقالت: عدني، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((العدة عطية)).
[ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1554)]
(Lemah)
Daripada al-Hasan RA bahawa seorang perempuan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW. Lalu dia tidak mendapatinya di sisi Nabi. Kemudian perempuan itu berkata: Berjanjilah kepadaku. Lalu Rasulullah SAW berkata: Berjanji itu sama seperti pemberian (iaitu sebagaimana buruknya seseorang yang meminta semula pemberiannya, begitulah juga seseorang yang memungkiri janjinya).
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt dan al-Khara’ity dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1554]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.