Daif

30/06/2024

minit bacaan



Berjanji itu sama seperti pemberian

Teks Bahasa Arab

العِدَةُ عَطِيَّةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Berjanji itu sama seperti pemberian (iaitu sebagaimana buruknya seseorang yang meminta semula pemberiannya, begitulah juga seseorang yang memungkiri janjinya).

Sahabat Perawi

  1. Al-Hasan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 190, hadis no. 980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن أن امرأة سألت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - شيئا، فلم تجده عنده، فقالت: عدني، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((العدة عطية)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (‌‌1554)]

(Daif) Daripada al-Hasan RA bahawa seorang perempuan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW. Lalu dia tidak mendapatinya di sisi Nabi. Kemudian perempuan itu berkata: Berjanjilah kepadaku. Lalu Rasulullah SAW berkata: Berjanji itu sama seperti pemberian (iaitu sebagaimana buruknya seseorang yang meminta semula pemberiannya, begitulah juga seseorang yang memungkiri janjinya). [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt dan al-Khara’ity dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1554]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.