Berjalan pagi dan petang ke masjid adalah sebahagian daripada jihad di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

الغدو والرواح إلى المساجد من الجهاد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjalan pagi dan petang ke masjid adalah daripada sebahagian daripada jihad di jalan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 984, hadis nombor 5072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الغدو والرواح ‌إلى ‌المساجد من الجهاد في سبيل الله)). [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2007)]

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Berjalan pagi dan petang ke masjid adalah daripada sebahagian daripada jihad di jalan Allah)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2007]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs