Munkar Jiddan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سُرعةُ المشيِ تُذِهبُ بَهاءَ المؤمِنِ.
Teks Bahasa Melayu
Berjalan dengan pantas menghilangkan kemuliaan seorang mukmin
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Hurairah RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Jiddan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Jiddan) Berjalan dengan pantas menghilangkan kemuliaan seorang Mukmin. Juga telah thabit dalam hadis Abu Hurairah, Ibn ‘Umar, Anas dan Ibn ‘Abbas. [Riwayat Abu Sa’id al-Maliniy dalam al-Arbain Fi Shuyukh al-Sufiyyah, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Wahiyat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, ‘Abbas al-Dauriy dalam Tarikh Ibn Ma’in, al-Khatib dalam al-Jami’, al-Wahidi dalam al-Wasit, al-Tsa’labiy dalam al-Tafsir dan Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 55]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman