Batil

30/06/2024

minit bacaan



Berjaga waktu malam pada jalan Allah 'Azzawajalla di pinggir pantai lebih baik berbanding puasa seseorang lelaki

Teks Bahasa Arab

حَرَسُ لَيْلَةٍ فِي سَبِيل الله على ساحِلِ البَحْرِ أفْضَلُ مِنْ صِيامِ رَجُلٍ وقِيامِهِ فِي أهْلِهِ ألْفَ سَنَةٍ السَّنَةُ ثَلاثُمائَةِ يَوْمٍ اليَوْمُ كألف سنة.

Teks Bahasa Melayu

Berjaga waktu malam pada jalan Allah 'Azzawajalla di pinggir pantai lebih baik berbanding puasa seseorang lelaki dan qiyamnya di tempat ahli keluarganya sebanyak 1000 tahun, setahun terdapat 300 hari dan sehari seperti 1000 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 32, hadis no. 155. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini jelas batil. Al-Zahabi berkata: "Ungkapan ini suatu yang pelik, jika sahih maka keseluruhan kelebihan tersebut adalah 360 juta tahun. Kurniaan Allah lebih luas lagi berbanding ini, namun hadith ini adalah dusta".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.