Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والزنجي فإنه خلق مشوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam. Sesungguhnya mereka adalah makhluk yang diburukkan rupanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 101, hadis nombor 186. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أحاديث ذم الحبشة والسودان كلها كذب كحديث "الزنجي إذا شبع زنى وإذا جاع سرق وحديث "إياكم والزنجي فإنه خلق مشوه".

Hadis-hadis celaan kepada orang Habsyah dan Sudan kesemuanya palsu. Seperti hadis:
الزِّنْجِيُّ إِذَا شَبِعَ زَنَى وَإِذَا جَاعَ سَرَقَ
“Orang kulit hitam itu, apabila dia kenyang dia akan berzina, dan jika dia lapar dia akan mencuri.”
إِيَّاكُمْ وَالزِّنْجِيَّ فَإِنَّهُ خَلْقٌ مُشَوَّةٌ
“Berjaga-jagalah kalian daripada orang kulit hitam. Sesungguhnya mereka adalah makhluk yang diburukkan rupanya.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs