Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسْتَنْجُوا بِالْمَاءِ الْبَارِدِ فَإِنَّهُ مَصَحَّةٌ لِلْبَوَاسِيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Berinstijaklah dengan air sejuk, kerana ia punca penyembuhan daripada penyakit buasir.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((استنجوا بالماء البارد فإنه مصحة للبواسير)). [طس، ((الضعيفة)) (7010)]
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Berinstijaklah dengan air sejuk, kerana ia punca penyembuhan daripada penyakit buasir. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7010]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman