Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إيَّاكُم والجُلُوسَ في الشمسِ، فإنَّها تُبْلِي الثوبَ، وتُنْتِنُ الرِّيحَ، وتُظْهِرُ الداءَ الدَّفِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Beringatlah kalian daripada berjemur ketika terik matahari kerana ia akan melusuhkan pakaian, menyebabkan angin berbau busuk, serta menimbulkan semula penyakit yang tersembunyi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1167, hadis no. 5892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إياكم والجلوس في الشمس؛ فإنها تبلي الثوب، وتنتن الريح، وتظهر الداء الدفين)). [ك، ((الضعيفة)) (189)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Beringatlah kalian daripada berjemur ketika terik matahari kerana ia akan melusuhkan pakaian, menyebabkan angin berbau busuk, serta menimbulkan semula penyakit yang tersembunyi.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 189].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman