Berinfak kepada kuda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة، وأهله معانون عليها، والمنفق عليها كالباسط يديه بالصدقة، وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kuda diikat pada ubun-ubunnya kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya dibantu untuk menjaganya, orang yang berinfak kepadanya seperti orang yang menghamparkan tangannya untuk bersedekah, air kencingnya dan najisnya untuk pemiliknya di sisi Allah pada hari kiamat adalah dari kasturi syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 890, hadis nombor 4566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عريب المليكي مرفوعا: ((إن الخيل معقود في نواصيها الخير إلى يوم القيامة، وأهله معانون عليها، والمنفق عليها كالباسط يديه بالصدقة، وأبوالها وأرواثها لأهلها عند الله يوم القيامة من مسك الجنة)). [طس، ((الضعيفة)) (5168)].

(Palsu)
Daripada Arib al-Mulaiki secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya kuda diikat pada ubun-ubunnya kebaikan sehingga hari kiamat, dan pemiliknya dibantu untuk menjaganya, orang yang berinfak kepadanya seperti orang yang menghamparkan tangannya untuk bersedekah, air kencingnya dan najisnya untuk pemiliknya di sisi Allah pada hari kiamat adalah dari kasturi syurga.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5168].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.