Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Beriman kepada Allah itu melalui lisan dan pembenaran kepadanya itu melalui amalan

Teks Bahasa Arab

الإيمانُ باللهِ باللسانِ، والتصديقُ له بالعملِ.

Teks Bahasa Melayu

Beriman kepada Allah itu melalui lisan dan pembenaran kepadanya itu melalui amalan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 460, hadis no. 2465.

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «الإيمان بالله باللسان، والتصديق له بالعمل». [فر، «الضعيفة» (2247)].

(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Beriman kepada Allah itu melalui lisan dan pembenaran kepadanya itu melalui amalan.” [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2247].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.