Berilah kemaafan terhadap kegelinciran (kesalahan yang dilakukan oleh) seseorang yang mulia

TEKS BAHASA ARAB

أقيلوا السخي زلته، فإن الله آخذ بيده كلما عثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berilah kemaafan terhadap kegelinciran (kesalahan yang dilakukan oleh) seseorang yang mulia (iaitu mereka yang tidak diketahui sebagai orang yang suka melakukan kejahatan). Kerana sesungguhnya Allah akan memegang tangannya setiap kali dia tergelincir (melakukan kesalahan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 200, hadis nombor 1044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أقيلوا السخي زلته، فإن الله آخذ بيده كلما عثر)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (2870)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Berilah kemaafan terhadap kegelinciran (kesalahan yang dilakukan oleh) seseorang yang mulia (iaitu mereka yang tidak diketahui sebagai orang yang suka melakukan kejahatan). Kerana sesungguhnya Allah akan memegang tangannya setiap kali dia tergelincir (melakukan kesalahan).
[Riwayat al-Khara’ity dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2870]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs