Berilah keizinan kepada beliau

TEKS BAHASA ARAB

ائذنوا له، مرحبا بالطيب المطيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berilah keizinan kepada beliau. Selamat datang dengan yang suci dan disucikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1899 hadis nombor 9549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي – رضي الله عنه -، قال: جاء عمار بن ياسر إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – يستأذن على النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ائذنوا له، مرحبا بالطيب المطيب.
[تخ، ت، ه، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، حم، ع، حل، ك، خط، ((الضعيفة)) (5594)]

(Lemah)
Daripada Ali RA. Beliau berkata: ‘Ammar Bin Yasir datang kepada Nabi SAW. Beliau meminta izin daripada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW bersabda: Berilah keizinan kepada beliau. Selamat datang dengan yang suci dan disucikan.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Jarir dalam Tahzib al-Atsar, Ahmad Ibn Hanbal dalam Musnadnya, Abu Ya’la dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Hakim dalam Mustadrak dan Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs