Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ائذَنوا لَه، مرحبًا بالطَّيِّبِ المُطَيَّبِ.
Teks Bahasa Melayu
Berilah keizinan kepada beliau. Selamat datang dengan yang suci dan disucikan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1899, hadis no. 9549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي رضي الله عنه ، قال: جاء عمار بن ياسر إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - يستأذن على النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: ائذنوا له، مرحبا بالطيب المطيب. [تخ، ت، ه، ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، حم، ع، حل، ك، خط، ((الضعيفة)) (5594)]
(Lemah) Daripada Ali RA. Beliau berkata: ‘Ammar Bin Yasir datang kepada Nabi SAW. Beliau meminta izin daripada Nabi SAW. Lalu Nabi SAW bersabda: Berilah keizinan kepada beliau. Selamat datang dengan yang suci dan disucikan. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Jarir dalam Tahzib al-Atsar, Ahmad Ibn Hanbal dalam Musnadnya, Abu Ya’la dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Hakim dalam Mustadrak dan Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5594]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman