Berilah jaminan kepadaku (yang kamu akan melakukan) enam perkara ini nescaya aku berikan jaminan syurga untukmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اضمنوا لي ست خصال: أضمن لكم الجنة، قالوا: وما هن يا رسول الله؟ قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم، وأنصفوا الناس من أنفسكم، ولا تجبنوا عند قتال عدوكم، ولا تغلوا غنائمكم، وامنعوا ظالمكم من مظلومكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berilah jaminan kepadaku (yang kamu akan melakukan) enam perkara ini nescaya aku berikan jaminan syurga untukmu. Para sahabat berkata: Apakah ia wahai Rasulullah SAW?! Baginda bersabda: Janganlah kamu berbuat zalim ketika pembahagian harta pusaka kamu, berlaku adillah kepada orang ramai, janganlah kamu berasa takut ketika memerangi musuh kamu, janganlah kamu mengkhianati pembahagian harta ghanimah (rampasan perang) kamu, serta cegahlah orang yang zalim dari kalangan kamu dari melakukan kezaliman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 143, hadis nombor 720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((اضمنوا لي ست خصال: أضمن لكم الجنة، قالوا: وما هن يا رسول الله؟ قال: لا تظلموا عند قسمة مواريثكم، وأنصفوا الناس من أنفسكم، ولا تجبنوا عند قتال عدوكم، ولا تغلوا غنائمكم، وامنعوا ظالمكم من مظلومكم.)). [طب، ((الضعيفة)) (7019)]

(Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Berilah jaminan kepadaku (yang kamu akan melakukan) enam perkara ini nescaya aku berikan jaminan syurga untukmu. Para sahabat berkata: Apakah ia wahai Rasulullah SAW?! Baginda bersabda: Janganlah kamu berbuat zalim ketika pembahagian harta pusaka kamu, berlaku adillah kepada orang ramai, janganlah kamu berasa takut ketika memerangi musuh kamu, janganlah kamu mengkhianati pembahagian harta ghanimah (rampasan perang) kamu, serta cegahlah orang yang zalim dari kalangan kamu dari melakukan kezaliman.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7019]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.