Daif

30/06/2024

minit bacaan



Berilah jaminan kepadaku dengan enam ciri nescaya aku akan jamin kamu memasuki syurga

Teks Bahasa Arab

اكفُلُوا لى بِسِتِّ خِصالٍ. وأكفُلُ لكم الجنةَ: الصلاةُ، والزكاةُ، والأمانةُ، والفَرْجُ، والبصرُ، واللسانُ.

Teks Bahasa Melayu

Berilah jaminan kepadaku dengan enam ciri nescaya aku akan jamin kamu memasuki syurga: Solat, zakat, amanah, kemaluan, penglihatan, dan lidah.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 40, hadis no. 157. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((اكفلوا لي بست خصال. وأكفل لكم بالجنة: الصلاة، والزكاة، والأمانة، والفرج، والبصر، واللسان)). [طس، ((الضعيفة)) (2899)]

(Daif) Daripada Abū Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Berilah jaminan kepadaku dengan enam ciri nescaya aku akan jamin kamu memasuki syurga: Solat, zakat, amanah, kemaluan, penglihatan, dan lidah. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2899]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.