TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أراد أمرا، قال: اللهم خر لي، واختر لي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Nabi SAW inginkan sesuatu, Baginda berdoa: Ya Allah! Berikanlah yang baik kepadaku dan pilihkanlah untukku.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis nombor 7246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عايه وسلم كان إذا أراد أمرا، قال: اللهم خر لي، واختر لي.
[ت، ابن السني، عد، تمام، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1515)]
(Lemah)
Daripada Abi Bakr al-Siddiq RA bahawa apabila Nabi SAW inginkan sesuatu, Baginda berdoa: Ya Allah! Berikanlah yang baik kepadaku dan pilihkanlah untukku.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn al-Sunni, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Tammam dan al-Khara'itiy dalam Makarim al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1515]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.