Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا أرادَ أمرًا، قال: اللَّهمَّ خِرْ لي، واختَر لي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Nabi SAW inginkan sesuatu, Baginda berdoa: Ya Allah! Berikanlah yang baik kepadaku dan pilihkanlah untukku.
Sahabat Perawi
- Abu Bakar al-Siddiq RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis no. 7246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عايه وسلم كان إذا أراد أمرا، قال: اللهم خر لي، واختر لي. [ت، ابن السني، عد، تمام، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1515)]
(Lemah) Daripada Abi Bakr al-Siddiq RA bahawa apabila Nabi SAW inginkan sesuatu, Baginda berdoa: Ya Allah! Berikanlah yang baik kepadaku dan pilihkanlah untukku. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn al-Sunni, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Tammam dan al-Khara'itiy dalam Makarim al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1515]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman