Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berikanlah kepada orang yang meminta walaupun mereka datang dengan berkuda

Teks Bahasa Arab

أعطِ السَّائلَ وإن جاءَكَ علَى فرَسٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berikanlah kepada orang yang meminta walaupun mereka datang dengan berkuda (yakni kelihatan seperti tidak memerlukan).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 873, hadis no. 4472. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أعط السائل وإن جاءك على فرس)). [أبو عبد الله الخلال في ((جزء من أدركهم من أصحاب ابن منده))، ((الضعيفة)) (2821)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Berikanlah kepada orang yang meminta walaupun mereka datang dengan berkuda (yakni kelihatan seperti tidak memerlukan).” [Riwayat Abu Abdullah al-Khallal dalam Juz' Man Adrakahum Min Ashab Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2821].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.