TEKS BAHASA ARAB
أطعموا نفساءكم الرطب. قالوا: ليس في كل حين يكون الرطب. قال: فتمر. قالوا: كل التمر طيب، فأي التمر خير؟ قال: إن خير تمراتكم البرني؛ يدخل الشفاء، ويخرج الداء، لا داء فيه، أشبعه للجائع، وأدفؤه للمقرور.
TEKS BAHASA MALAYSIA
"Berikanlah isteri kalian yang bernifas makan kurma matang". Orang ramai berkata: "Kurma matang itu tidak boleh didapati pada setiap masa". Baginda menjawab: "Maka kurma kering". Mereka berkata: "Semua kurma kering itu adalah baik, justeru kurma kering manakah yang paling baik?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik kurma kering kalian ialah jenis al-Barni, ia memasukkan penawar dan mengeluarkan penyakit. Tiada penyakit padanya. Ia paling mengenyangkan buat orang yang lapar dan paling memanaskan buat orang yang ditimpa kedinginan".
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 383-384, hadis nombor 2027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: «أطعموا نفساءكم الرطب. قالوا: ليس في كل حين يكون الرطب. قال: فتمر. قالوا: كل التمر طيب، فأي التمر خير؟ قال: إن خير تمراتكم البرني؛ يدخل الشفاء، ويخرج الداء، لا داء فيه، أشبعه للجائع، وأدفؤه للمقرور». [ابن سمعون في «الأمالي»، «الضعيفة» (260)].
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berikanlah isteri kalian yang bernifas makan kurma matang". Orang ramai berkata: "Kurma matang itu tidak boleh didapati pada setiap masa". Baginda menjawab: "Maka kurma kering". Mereka berkata: "Semua kurma kering itu adalah baik, justeru kurma kering manakah yang paling baik?" Baginda bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik kurma kering kalian ialah jenis al-Barni, ia memasukkan penawar dan mengeluarkan penyakit. Tiada penyakit padanya. Ia paling mengenyangkan buat orang yang lapar dan paling memanaskan buat orang yang ditimpa kedinginan". [Riwayat Ibn Sam’un dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 260].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.