Berikanlah isteri kalian makan kurma ketika mereka berada dalam keadaan nifas

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أطعموا نساءكم في نفاسهن التمر؛ فإنه من كان طعامها في نفاسها التمر؛ خرج ولدها ذلك حليما، فإنه كان طعام مريم حين ولدت عيسى، ولو علم الله طعاما هو خير لها من التمر؛ أطعمها إياه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berikanlah isteri kalian makan kurma ketika mereka berada dalam keadaan nifas, kerana sesungguhnya sesiapa yang memakan kurma ketika berada dalam keadaan nifas, nescaya anaknya akan lahir sebagai seorang yang lemah lembut. Kerana sesungguhnya ia adalah makanan Maryam ketika beliau melahirkan Nabi Isa. Sekiranya Allah mengetahui sejenis makanan yang lebih baik baginya daripada kurma, nescaya Allah akan memberikannya kepada beliau untuk dimakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 383, hadis nombor 2026. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمة بن قيس – رضي الله عنه – مرفوعا: «أطعموا نساءكم في نفاسهن التمر؛ فإنه من كان طعامها في نفاسها التمر؛ خرج ولدها ذلك حليما، فإنه كان طعام مريم حين ولدت عيسى، ولو علم الله طعاما هو خير لها من التمر؛ أطعمها إياه». [خط، «الضعيفة» (234)].

(Palsu) Daripada Salamah bin Qays RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berikanlah isteri kalian makan kurma ketika mereka berada dalam keadaan nifas, kerana sesungguhnya sesiapa yang memakan kurma ketika berada dalam keadaan nifas, nescaya anaknya akan lahir sebagai seorang yang lemah lembut. Kerana sesungguhnya ia adalah makanan Maryam ketika beliau melahirkan Nabi Isa. Sekiranya Allah mengetahui sejenis makanan yang lebih baik baginya daripada kurma, nescaya Allah akan memberikannya kepada beliau untuk dimakan". [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 234].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.