Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَعْطُوا المساجدَ حَقَّها ، قيل : وما حَقُّها ؟ قال : ركعتانِ قبلَ أنْ تجلسَ.
Teks Bahasa Melayu
Berikanlah hak-hak bagi masjid. Ditanyakan (kepada baginda): Apakah maksud hak bagi masjid ? Baginda menjawab : (Iaitu mengerjakan) solat dua rakaat sebelum kamu duduk.
Sahabat Perawi
- Abi Qatadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis no. 1293. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن أبي قتادة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أغطوا المساجد حقها، قيل: وما حقها؟ قال: ركعتان قبل أن تجلس، " . إش ابن خزيمة، الشعيفة» (١٥٤٠)].
(Daif) Daripada Abi Qatadah ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Berikanlah hak-hak bagi masjid. Ditanyakan (kepada baginda): Apakah maksud hak bagi masjid ? Baginda menjawab : (Iaitu mengerjakan) solat dua rakaat sebelum kamu duduk.[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Ibn Khuzaymah, al-Dha‘īfah; no. 1540].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman