Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Berikanlah berita gembira kepada si pembunuh

Teks Bahasa Arab

بشر القاتل بالقتل، والزاني بالفقر، ولو بعد حين.

Teks Bahasa Melayu

Berikanlah berita gembira kepada si pembunuh dengan pembunuhan dan si penzina dengan kefakiran, walaupun sesudah suatu ketika.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 27, hadis no. 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث. لكن يدل لمعناه، حديث ابن عمر: "كما تدين تدان". وحديث: "الزنا يورث الفقر".

Ia bukan hadith. Namun menunjukkan pada maknanya, hadith Ibn 'Umar: "Sebagaimana kamu kerjakan, begitulah balasan yang kamu terima" dan hadith: "Penzinaan akan mewariskan kefakiran".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.