Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Berhutang adalah ditegah walaupun satu dirham

Teks Bahasa Arab

الديْن وَلَوْ دِرْهَمٌ وَالْبِنْتُ وَلَوْ مَرْيَمُ وَالسُّؤَالُ وَلَوْ كَيْفَ الطَّرِيقُ.

Teks Bahasa Melayu

Berhutang adalah ditegah walaupun satu dirham, anak perempuan adalah keperitan walaupun sebaik Maryam dan bertanya juga tidak digalakkan walau sekadar arah jalan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA
  2. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 40, hadis no. 149. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث بل مثل. وهو على حذف الخبر تقديره الدين مكروه أو محذور. نعم أخرج الديلمي من حديث عائشة - رضي الله عنها -: الدين ينقص من الدين والحسب. وأخرج من حديثها أيضا: الدين هم بالليل ومذلة بالنهار. وفي حديث جابر: لا هم إلا هم الدين ولا وجع إلا وجع العين.

Ia bukan hadith, sebaliknya sebuah perumpamaan. Ia telah dibuang predikat, asalnya: "Hutang adalah dibenci atau dilarang". Ya, al-Dailami telah meriwayatkan daripada 'Aishah RA: "Hutang itu mengurangkan agama dan timbangan", turut diriwayatkan melalui hadith 'Aishah juga: "Hutang merupakan keresahan pada malam hari dan kehinaan pada siang hari", juga terdapat dalam hadith Jabir: "Tidak ada keresahan melainkan keresahan hutang dan tidak ada kesakitan melainkan sakit 'ain".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.