Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هاجروا تورِثوا أبناءَكم مجدًا.
Teks Bahasa Melayu
Berhijrahlah nescaya kamu akan mewariskan kepada anak-anak kamu kemuliaan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 92, hadis no. 467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: هاجروا تورثوا أبناءكم مجداً. [خط، فر، ((الضعيفة)) (4733)]
(Daif) Daripada ‘Ā’ishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi): “Berhijrahlah nescaya kamu akan mewariskan kepada anak-anak kamu kemuliaan.” [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4733]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman