Berhijrahlah, nescaya kalian akan mewariskan kemuliaan kepada anak cucu kalian

TEKS BAHASA ARAB

هاجروا تورثوا أبناءكم مجداً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhijrahlah, nescaya kalian akan mewariskan kemuliaan kepada anak cucu kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006, hadis nombor 5185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: هاجروا تورثوا أبناءكم مجدا. [خط، فر، الضعيفة (4733)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berhijrahlah, nescaya kalian akan mewariskan kemuliaan kepada anak cucu kalian. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4733].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs