TEKS BAHASA ARAB
هاجروا تورثوا أبناءكم مجدا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berhijrahlah kamu, nescaya kamu akan mewariskan kemuliaan kepada anak-anak kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((هاجروا تورثوا أبناءكم مجدا)). [خط، فر، ((الضعيفة)) (4733)]
(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berhijrahlah kamu, nescaya kamu akan mewariskan kemuliaan kepada anak-anak kamu.
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4733]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.