Daif

30/06/2024

minit bacaan



Berhijrahlah kamu

Teks Bahasa Arab

هاجروا تورِثوا أبناءَكم مجدًا.

Teks Bahasa Melayu

Berhijrahlah kamu, nescaya kamu akan mewariskan kemuliaan kepada anak-anak kamu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis no. 1142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((هاجروا تورثوا أبناءكم مجدا)). [خط، فر، ((الضعيفة)) (4733)]

(Daif) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berhijrahlah kamu, nescaya kamu akan mewariskan kemuliaan kepada anak-anak kamu. [Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4733]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.