Berhijrahlah daripada maksiat, kerana itu adalah sebaik-baik hijrah

TEKS BAHASA ARAB

اهجري المعاصي فإنها أفضل الهجرة وحافظي على الفرائض فإنها أفضل الجهاد وأكثري من ذكر الله فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhijrahlah daripada maksiat, kerana itu adalah sebaik-baik hijrah. Peliharalah perkara-perkara fardu kerana ia merupakan sebaik-baik jihad. Perbanyakkan mengingati Allah kerana engkau tidak mendatangi sesuatu yang lebih disukai oleh Allah daripada mengingati-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis nombor 5199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سليم أم أنس ابن مالك رضي الله عنهما : أنها قالت: يا رسول الله أوصني قال: اهجري المعاصي فإنها أفضل الهجرة وحافظي على الفرائض فإنها أفضل الجهاد وأكثري من ذكر الله؛ فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره. [طب، طس، الضعيفة (5119، 5537)].

(Lemah) Daripada Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, berikan wasiatkan kepada aku. Baginda SAW bersabda: Berhijrahlah daripada maksiat, kerana itu adalah sebaik-baik hijrah. Peliharalah perkara-perkara fardu kerana ia merupakan sebaik-baik jihad. Perbanyakkan mengingati Allah kerana engkau tidak mendatangi sesuatu yang lebih disukai oleh Allah daripada mengingati-Nya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5119, 5537].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs