Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اهجري المعاصي فإنها أفضل الهجرة وحافظي على الفرائض فإنها أفضل الجهاد وأكثري من ذكر الله فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره.
Teks Bahasa Melayu
Berhijrahlah daripada maksiat, kerana itu adalah sebaik-baik hijrah. Peliharalah perkara-perkara fardu kerana ia merupakan sebaik-baik jihad. Perbanyakkan mengingati Allah kerana engkau tidak mendatangi sesuatu yang lebih disukai oleh Allah daripada mengingati-Nya.
Sahabat Perawi
- Ummu Sulaim RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis no. 5199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سليم أم أنس ابن مالك رضي الله عنهما : أنها قالت: يا رسول الله أوصني قال: اهجري المعاصي فإنها أفضل الهجرة وحافظي على الفرائض فإنها أفضل الجهاد وأكثري من ذكر الله؛ فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره. [طب، طس، الضعيفة (5119، 5537)].
(Lemah) Daripada Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, berikan wasiatkan kepada aku. Baginda SAW bersabda: Berhijrahlah daripada maksiat, kerana itu adalah sebaik-baik hijrah. Peliharalah perkara-perkara fardu kerana ia merupakan sebaik-baik jihad. Perbanyakkan mengingati Allah kerana engkau tidak mendatangi sesuatu yang lebih disukai oleh Allah daripada mengingati-Nya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5119, 5537].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman