Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Berhijrahlah dari dunia

Teks Bahasa Arab

هاجِروا مِنَ الدنيا وما فيها.

Teks Bahasa Melayu

Berhijrahlah dari dunia ini dan dari apa yang ada di dalamnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2034, hadis no. 10239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: هاجروا من الدنيا وما فيها. [حل، فر، ((الضعيفة)) (4734)]

(Sangat Lemah) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berhijrahlah dari dunia ini dan dari apa yang ada di dalamnya. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 4734]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.