اتَّقُوْا فِرَاسَةَ الْمُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُوْرِ اللهِ
Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Berhati-hatilah terhadap firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah”
…
DARJAT HADIS
Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).
KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI
-Imam Al-Tirmizi di dalam Sunannya hadis no 4052.
-Imam Al-Thabarani dlm Al-Mu’jam Al-Kabir hadis no. 7369.
-Imam Ibnu Iraq Al-Kanani di dalam kitabnya Tanzih al-Syari’ah, jilid 2 m/s 305.
KETERANGAN ULAMA HADIS:
-Ibn Jauzi: Hadis ini tidak sahih daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
-Imam Al-Tirmizi menyatakan hadis ini gharib.
-Imam Al-Hafiz Al-Sakhawi menyatakan hadis ini dhaif.
-Imam Al-Syaukani menyatakan pada sanad hadis ini ada perawi bernama Muhammad bin Kathir al-Kufi dan dia sangat dhaif.
…
SUMBER
100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki