Berhati-hatilah kamu dengan api golongan beriman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إياك ونار المؤمن لا تحرقك، وإن عثر كل يوم سبع مرات؛ فإن يمينه بيد الله، إذا شاء أن ينعشه؛ أنعشه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhati-hatilah kamu dengan api golongan beriman, jangan sampai ia membakar kamu (iaitu jauhilah kamu daripada menyakiti orang beriman kerana api neraka akan menyambar mereka yang menyakitinya), kerana ia akan menyala pada setiap hari sebanyak tujuh kali. Sesungguhnya bahagian kanannya di tangan Allah, apabila Allah ingin menyejukkan, maka Allah akan menyejukkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 157 hadis nombor 779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الغار بن ربيعة، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إياك ونار المؤمن لا تحرقك، وإن عثر كل يوم سبع مرات؛ فإن يمينه بيد الله، إذا شاء أن ينعشه؛ أنعشه.
[ك، ((الضعيفة)) (7137)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Ghar bin Rabi’ah beliau berkata: Nabi ﷺ bersabda: Berhati-hatilah kamu dengan api golongan beriman, jangan sampai ia membakar kamu (iaitu jauhilah kamu daripada menyakiti orang beriman kerana api neraka akan menyambar mereka yang menyakitinya), kerana ia akan menyala pada setiap hari sebanyak tujuh kali. Sesungguhnya bahagian kanannya di tangan Allah, apabila Allah ingin menyejukkan, maka Allah akan menyejukkannya.
[Riwayat Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7137]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.