Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Berhati-hatilah kamu

Teks Bahasa Arab

كُنْ مِنْ خِيَارِهِنَّ عَلَى حَذَرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berhati-hatilah kamu terhadap sebaik-baik wanita.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 73, hadis no. 306. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام لقمان لابنه وأوله يا بني استعذ بالله من شرار النساء وكن من خيارهن على حذر ونحوه في كلام علي رضي الله عنه.

Bersumberkan ucapan Luqman kepada anak lelaki beliau, permulaan ungkapan tersebut: "Wahai anakku! Mintalah perlindungan kepada Allah terhadap sejahat-jahat wanita dan berhati-hatilah kamu terhadap sebaik-baik wanita", juga ungkapan seumpamanya terdapat dalam ucapan 'Ali RA.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.