Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احترِسوا مِنَ الناسِ بسوءِ الظنِّ.
Teks Bahasa Melayu
Berhati-hatilah kalian dengan prasangka buruk manusia.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أنس - رضي الله عنه- مرفوعاً: احترِسوا مِنَ الناسِ بسوءِ الظنِّ. [طس،عد، ((الضعيفة)) (156)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara Marfu’: Berhati-hatilah kalian dengan prasangka buruk manusia. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 156]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman