Berhati-hatilah kalian daripada perkara yang mensia-siakan (pahala) solat

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا خداج الصلاة، إذا ركع الإمام فاركعوا، وإذا رفع فارفعوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhati-hatilah kalian daripada perkara yang mensia-siakan (pahala) solat. Sekiranya imam telah rukuk, barulah kamu rukuk dan sekiranya imam bangun, barulah kamu bangun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis nombor 1285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: صلى رجل خلف النبي – صلى الله عليه وسلم -، فجعل يركع قبل أن يركع، ويرفع قبل أن يرفع، فلما قضى النبي – صلى الله عليه وسلم – الصلاة، قال: ((من فعل هذا؟)) قال: أنا يا رسول الله، أحببت أن أعلم تعلم ذلك أم لا؟ فقال: ((اتقوا خداج الصلاة، إذا ركع الإمام فاركعوا، وإذا رفع فارفعوا)). [حم، طس، ((الضعيفة)) (1785)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA beliau berkata: Seorang lelaki solat di belakang Nabi SAW. Kemudian dia rukuk sebelum baginda rukuk, dan dia bangun sebelum baginda bangun. Sebaik sahaja Nabi SAW selesai solat, baginda bertanya: Siapakah yang melakukan perbuatan sekian-sekian? Lelaki itu berkata: Aku wahai Rasulullah, aku suka untuk tahu adakah kamu mengetahuinya atau tidak wahai Rasulullah? Kemudian baginda berkata: “Berhati-hatilah kalian daripada perkara yang mensia-siakan (pahala) solat. Sekiranya imam telah rukuk, barulah kamu rukuk dan sekiranya imam bangun, barulah kamu bangun".
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1785]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs