Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
احذَرُوا الشهوةَ الخَفِيَّةَ : الرجلُ يتعلمُ العلمَ يُحِبُّ أن يُجْلَسَ إليه.
Teks Bahasa Melayu
Berhati-hatilah kalian akan syahwat yang tersembunyi: Seorang lelaki yang mempelajari ilmu, suka untuk dihadap kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis no. 9962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((احذروا الشهوة الخفية: الرجل يتعلم العلم يحب أن يجلس إليه)). [فر، ((الضعيفة)) (2001)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Berhati-hatilah kalian akan syahwat yang tersembunyi: Seorang lelaki yang mempelajari ilmu, suka untuk dihadap kepadanya.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2001]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman