Berhati-hatilah dengan dua perkara yang boleh menarik perhatian: iaitu pakaian daripada bulu binatang (souf) dan pakaian yang berwarna merah

TEKS BAHASA ARAB

احذروا الشهرتين: الصوف والحمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhati-hatilah dengan dua perkara yang boleh menarik perhatian: iaitu pakaian daripada bulu binatang (souf) dan pakaian yang berwarna merah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis nombor 8129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((احذروا الشهرتين: الصوف والحمرة)). [فر، ((الضعيفة)) (1999)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RHA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Berhati-hatilah dengan dua perkara yang boleh menarik perhatian: iaitu pakaian daripada bulu binatang (souf) dan pakaian yang berwarna merah.))
[Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1999].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs