Berhati-hati dan jagalah selipar kamu ketika di pintu-pintu masjid

TEKS BAHASA ARAB

تعاهدوا نعالكم عند أبواب المساجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhati-hati dan jagalah selipar kamu ketika di pintu-pintu masjid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis nombor 8156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن النبي – صلى الله عليه وسلم- قال: ((تعاهدوا نعالكم عند أبواب المساجد)). [خط، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2495)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RHUMA: Nabi SAW bersabda: ((Berhati-hati dan jagalah selipar kamu ketika di pintu-pintu masjid.))
[Riwayat al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2495].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs