Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تعَاهدُوا نعالَكم عند أبوابِ المساجدِ.
Teks Bahasa Melayu
Berhati-hati dan jagalah selipar kamu ketika di pintu-pintu masjid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1617, hadis no. 8156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - أن النبي - صلى الله عليه وسلم- قال: ((تعاهدوا نعالكم عند أبواب المساجد)). [خط، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2495)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RHUMA: Nabi SAW bersabda: ((Berhati-hati dan jagalah selipar kamu ketika di pintu-pintu masjid.)) [Riwayat al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2495].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman